Isnin, Januari 11, 2010

AL FATIHAH BUAT ALLAYARHAM FAIZOL

        Sekitar pukul 5 pagi tadi saya menerima panggilan dari rakan saya yang menyatakan bahawa akhi faizol kemalangan di simpang empat dekat kedai pau yik mun.Apa yang terfikir dalam fikiran saya bahawa Allayarham hanya luka ringan tetapi apabila sampai di tempat kejadian rupa-rupanya Allayarham telah meninggalkan kami.
       Allahyarham merupakan seorang yang baik dan jika masa terluang lidahnya hanya di basahi dengan zikir.Beliau juga kerap berpuasa sunat dan tutur percakapan amat dijaga.Saya mula mengenali Allahyarham secara lebih rapat semasa menghadiri kem usrah dan Allahyarham pernah mengajak saya untuk mengambil tarekat dengan seorang gurunya bahkan beliau sendiri merupakan seorang pengamal tarekat yang konsisten.Beliau juga pernah berpesan kepada saya supaya merapatkan diri dengan Allah supaya dapat menetang kemungkaran.Paling tidak menyangka saya dengan pemergiannya ialah kerana pada malam itu saya sempat mengambil nombor telepon ustaz kazim elias el hafiz dengan Allahyarham semasa magrib dan itu merupakan perjumpaan sayan dengannya buat kali pertama dan terakhir dengannya buat sem ini.
     AL FATIHAH DAN SEMOGA RAHMAT DAN REDHA ALLAH BERSAMANYA.KAMI AKAN TERUSKAN PERJUANGAN YANG DI TINGGALKANNYA.