Ahad, September 27, 2009

Kerusi Ketua Pengawas Renek Hangat.

    Kerusi ketua Pengawas Sekolah Menengah Renek  dikatakan hangat setelah pengawas hanya mempunyai 2 orang tokoh untuk merebut jawatan Ketua Pengawas.Masing-masing dikatakan mencari pengaruh dengan membodek guru-guru bagi mendapatkan jawatan tersebut.

                Tokoh yang terlibat dalam perebutan itu ialah Najah Hassan dan Hafizal Hussien.Masing mempergunakan pengaruh yang ada.Najah menggunakan pengaruh ayahnya yang merupakan seorang guru yang hebat bagi merebut jawatan itu.Selain itu,pija juga menggunakan pengaruh kewangan yang dia miliki bagi merasuah pengawas yang ada,ini berikutan persediaannya jika berlaku pengundian bagi memilih Ketua Pengawas.
( pija:cuba merebut jawatan)
( najah:akan berjuang habisan)

Ada khabar angin juga yang tersebar luas mengatakan Najah mungkin terpilih dalam memegang jawatan Ketua,ini kerana beliau merupakan orang yang paling lama dalam lembaga pengawas.Namun pija juga dikatakan menyebarkan khabar angin dengan menyatakan ayah Najah tidak mengizinkan Najah menjadi ketua.Khabar angin tersebut telah di nafikan sekeras-kerasnya oleh Najah "Jikalau ayah saya tidak mengizinkan saya menjadi ketua,kenapa pula dia mengizinkan saya menjadi pengawas selama 5 tahun berturut-turut.Saya sedar ini perancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan saya"ujar Najah lagi.
Najah juga menunjukkan sebuah foto yang menunjukkan pija meletakkan agen didalam asrama iaitu adiknya sendiri.
(suhaimi:agen pija diasrama.ini merupakan gambar yang didedahkan oleh Najah)

Sehubungan dengan itu Najah telah mendesak pihak pengurusan asrama untuk mengambil tindakan keatas agen pija ini.Sehingga artikel ini ditulis sudah 2 pucuk surat di hantar kepada pihak pengurusan asrama namun tiada tindakan yang diambil.Bagi meneruskan desakan ini Najah dikatakan akan mengambil tindakan drastik dengan mengumpulkan penyokongnya dan mengadakan demontrasi di hadapan tapak perhimpunan sekolah.






     
(gelagat penyokong najah semasa mesyuarat)

Menurut penyokong najah,perhimpunan terpaksa diadakan berikutan pihak pentadbiran tidak mengambil endah akan tuntutan yang dibuat.Seorang penyokong kuat Najah iaitu Arif telah menegaskan sedemikian "kita telah berkali-kali mendesak pihak pentadbiran supaya mengambil tindakan,tetapi sehingga hari ini tiada tindakan yang diambil.Saya amat kecewa dengan perkara ini.Saya masih memberi peluang kepada pentadbiran untuk berubah,.Jika tidak tunjuk perasaan akan tetap diadakan".
 (Arif:gambar dirakam semasa musyuarat kerusi sofa di rumah Najah)


(Brehim tanpa batu:lawan tetap lawan)


Kehangatan krisis ini semakin terasa berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh kem pija melalui ketua setiausahanya iaitu Brehim tanpa batu.Berikut adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh Brehim tanpa Batu "Kami akan memberi respon atas apa yang dilakukan oleh kem Najah.Mereka menyatakan akan melakukan tunjuk perasaan pada 3 haribulan ini,Saya ingin tegaskan yang kami tidak akan berdiam diri atas perkara ini.Kami akan mengerahkan segala penyokong kami untuk turut turun bagi menunjukkan kepada najah bahawa kami juga mempunyai pengaruh yang kuat.Jangan cabar kami.Saya juga melihat pada hari ini bahawa pihak pengurusan juga menyokong kami"



(kita akan ambil langkah berjaga-jaga)
Pihak polis juga dilihat cuba campur tangan bagi meredakan krisis yang hebat melanda.Bagi mengawal demontrasi yang dijangka berlaku pada 3 haribulan ini.Polis telah meminta bantuan FRU.Dijangkakan 500 orang FRU akan dikerahkan untuk mengawal keadaan yang berlaku.Menurut pihak polis lagi,mereka mempunyai pengalaman dalm menangani demontrasi itu.

    Kem Najah juga sekarang ini runsing mengenai cara pija menarik sokongan.Menurut sumber terbaru pija cuba menggunakan wanita untuk menarik sokongan.Antara wanita yang di kesan di gunakan pija ialah seorang mat sallah yang bernama mrs.bungawes.

 (miss bungawes)

Taktik kotor ini mula dikesan digunakan sejak seminggu lepas.Laporan polis juga telah dibuat oleh kem Najah.Polis juga telah berjanji akan menyiasat perkara ini.Polis Bukit Aman dipercayai telah turun untuk menyiasat.
(Najah bersama penyokongnya poksu kocak)

Ini merupakan gambar terbaru yang diambil.Kebimbangan jelas terpancar di wajah Najah.Namun dia tawakkal dalam menghadapi segala ujian ini.
(arif cuba mencari sokongan untuk NAJAH)

Namun Najah dilihat tidak berputus asa,agennya iaitu arif cuba mencari sokongan dari OKU iaitu niklam buta dan khairul kuro.Perjuangan  Najah masih panjang dalam merebut kerusi Ketua Pengawas.Saya selaku pengarang akan memerhatikan segala perkembangan yang berlaku dan akan cuba melaporkan kepada anda.
 




Ronda-ronda kampung

Gambar masjid hadhari jerteh yang diambil pada waktu malam.Masjid ini mempunyai 2 tingkat,tingkat atas untuk sembahyang dan yang bawah dewan.Masjid ini juga mempunyai 2 buah lif untuk ke dewan sembahyang.

Majlis picnic yang diadakan di rumah Najah.Antara yang terdapat didalam gambar ialah amir (um),arif (uitm) borhan (uitm).Majlis ini diadakan bagi menemukn rakan seperjuangan yang berada berjauhan.

Masjid kg.Benting Lintang berdekatan dengan taman ilmu dan kampus UDM yang di bina di besut.

Kawan-kawan yang turut serta ke pantai budu (benting lintang).dari kanan Zul,Epul,Arif dan Amir.Ini sebahagian daripada aktiviti riadah yang kami lakukan sebelum pulang.


Gelagat kawan-kawan di pantai budu.Turut kelihatan bangsal tempat budu di proses.

Keadaan paya bakau yang memukau.Gambar ini turut diambil di pantai budu.Tempat ini juga merupakan tempat orang mencari longkang,udang,dan ikan seperti siakap.
                                                                                              

Pija kelihatan tidak sabar untuk mandi pantai.Beliau merupakan calon ketua pengawas sekolah bersama dengan najah.Maaf kerana dia berpakaian separa bogel.

Baru sudah selesai solat jumaat.kami nak bertolak ke belatan pula.

Papan lebel yang mengigatkan pengunjung supaya tidak membuat maksiat di pusat peranginan Lata Belatan.Tempatnya sungguh menarik.Ada masa pergilah.

Peta untuk ke gunung tebu.Sebuah gunung yang menarik dan penuh mistik.

Melepaskan penat lelah di Belatan.