tag:blogger.com,1999:blog-5330881510318141395.post6882008460887333922..comments2023-10-03T21:57:08.408+08:00Comments on Falahiah: Isu Penyerahan Pulau Pinang kepada InggerisUnknownnoreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5330881510318141395.post-30890221452601865682011-07-06T05:08:06.501+08:002011-07-06T05:08:06.501+08:00as salam saudara falahiah. saya salah seorang peng...as salam saudara falahiah. saya salah seorang pengkaji sejarah Kedah. di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk bertukar2 pandangan dengan saudara. Saudara, menyentuh tentang pandangan saudara tentang artikel jurnal drpd Prof. Dr Abdullah Zakaria Zakaria, saya ingin menyatakan ada sedikit kelonggaran tentang pendirian saudara tetang syarat2 yang menimbulkan konflik antara pihak Kedah dengan Francis Light. Bukankah syarat pertama mengenai tanggungjawab pihak Inggeris menjaga dan melindungi kawasan laut Kedah dari serangan musuh tetapi dalam kes ini pihak Inggeris telah melanggar syarat utama ini di mana serangan pihak Siam ke atas Kedah dilakukan dari jalan laut seperti mana yang berlaku di Pulau Langkawi pada ketika itu. Bagaimana pula saudara boleh mengatakan sebab musabah pihak Kedah menyerang pihak Inggersi berpunca daripada syarat 3 dan 6? perkara kedua, saudara menyatakan pandangan tentang penulisan beliau bias kepada sumber Melayu? cuba kita lihat kembali rujukan beliau dalam artikel berkenan, hampir 70% adalah sumber pihak Inggeris seperti C.O. dan S.S.R. Malah kebanyakan buku rujukannya daripada sarjana Barat. Sedangkan sumber tempatan hanyalah daripada Wan Yahya, Sharom Ahmat, Hj Abdullah, Hj Ibrahim Ismail dan Khoo Kay Kim. Pada pendapat saya, artikel beliau ini adalah untuk menujukkan tentang gerakan penentangan bangsa pribumi terhadap kuasa asing dari pandangan tempatan. Saudara, sebenarnya penulisan mengenai pendudukan Pulau Pinang ini dalam sumber Barat terlalu banyak, hampir 100-200 kajian termasuk dokumen, buku, jurnal dan surat persendirian yang ditulis sejak kurun ke-18 lagi. Sedangkan penulisan sejarah daripada sumber atau pengkaji tempatan baru bermula awal kurun ke-20 kecuali hikayat dan sumber sastera sejarah ( lebih awal dari tempoh itu).Dalam perkara ini, kita sama-sama bertukar2 pandangan. jika ada kesilapan, kita sama-sama betulkan. Harap kiriman saya ini diterima oleh saudara dengan hati terbuka, Mohon maaf sekiranya pandangan saya ini menimbulkan perasaan kurang senang di hati saudara. Kita sama-sama menuntut ilmu, makin banyak kita membaca, makin banyak yang kita tidak tahu. :)Hangkashttp://hangkasnoreply@blogger.com